Pelajaran ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
1. Bahagian Asas – Diajar kaedah asas A, B, C, D dan buah-buah asas.
2. Bahagian Jatuh – Diajar buah-buah jatuh / cara menjatuhkan lawan.
Nama-nama buah:
Buah Pertama
Buah Keputusan Gayung Fatani
Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah Kilas Belakang
Buah Kilas Hadapan
Buah Kidong Kiri
Buah Kuntau Jatuh
Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
Buah Kuntau Kanan Gantung
Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
Buah Ali Patah Atas
Buah Ali Patah Sudah
Buah Selendang
Buah Gari & Gari Gunting
Buah Paras
Buah Keputusan Pasung Kemanga
Buah Keputusan Terlak
Buah Keputusan Lintau
Buah Hempok
Buah Luncur
Buah Siku Potong
3. Bahagian Potong – Diajar memotong kesemua 21 buah, andainya Seni Silat Cekak menyerang dan musuh menggunakan salah satu buah yang tersebut, buah itu tak terdaya memakan atau menangkap Seni Silat Cekak; bahkan Seni Silat Cekak dapat memakan balik serangan tersebut. Di sinilah tegaknya falsafah Seni Silat Cekak yang berbunyi:
PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI
4. Bahagian Tamat – Diajar sambungan pelajaran lain seperti 6-6, buah serang, umum, serangan tongkat dan pisau dan kelas kemahiran.
|