Larn9.5

Hari tu semuanya pemenang takder yang pengalah.

SKUDAI 26 Julai - Seramai 703 peserta Silat Cekak Hanafi di seluruh IPT dan sekolah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Wajadiri Nasional Peringkat Pusat Latihan (PL), IPT dan sekolah sempena Karnival Sambutan 21 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Teknologi Malaysia yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia . Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Prof Ir.Dr. Alias B. Mohd Noor,Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia .Turut hadir Yang Mulia Tuan Guru Tuan Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi.
Sebanyak 20 kategori telah dipertandingkan. Kontinjen Maktab Melayu Kuala Kangsar telah menjuarai pertandingan bagi peringkat sekolah lelaki manakala kontinjen MRSM Transkrian Pulau Pinang bagi peringkat sekolah wanita.Juara bagi katogeri IPT dimenangi oleh PTPL Shah Alam ,bagi peringkat wanita pula dimenangi oleh Pusat Latihan Shah Alam Selangor.
Bagi Anugerah Pesilat Lelaki Terbaik kategori sekolah telah dimenangi oleh Wan Mohd Amirul mewakili Maktab Melayu Kuala Kangsar Perak manakala Pesilat Wanita Terbaik dimenangi oleh Tengku Nur Syafawati dari MRSM Transkrian Pulau Pinang.Anugerah pesilat lelaki peringkat IPT dimenangi oleh Shahrizan Mohd Ali daripada PTPL dan pesilat wanita dimenangi oleh Siti Salwa Ramli yang mewakili UTM Skudai.
Negeri Sarawak telah dipilih sebagai tuan rumah pertandingan Wajadiri bagi tahun 2009.Serentak dengan itu juga Yang Mulia Tuan Guru Tuan Haji Md Radzi Hanafi juga telah melancarkan kempen “Jom Pi Sarawak”.
Antara acara-acara yang berjaya merangkul pingat:
Kategori : Menangkis Serangan Tongkat (Wanita)
Kategori : Persembahan Di atas Papan Sekeping Tangan Kosong (Wanita)
Kategori : Menangkis Serangan Tongkat (Lelaki)
Kategori : Menangkis Serangan Kaki (Lelaki)
|